Anak penduduk kampung

Anak Jati

P
 
 
Penduduk berehat di gerai kampung

enduduk di Kampung Batu Sawar dianggarkan seramai 460 orang. Jalan raya kini menjadi sistem perhubungan utama bagi penduduk kampung di sini. Lantaran itu, kebanyakan rumah penduduk dibina secara berderetan di sepanjang jalan. Namun, ada juga penduduk yang tinggal secara bertaburan di sekitar kawasan kampung dan juga di tebing Sungai Pahang.

 
Pelajar perempuan berbasikal ke sekolah
 

Semua penduduk di kampung ini adalah kaum Melayu dan beragama Islam. Mereka merupakan anak jati Negeri Tok Gajah. Kehidupan masyarakat di sini masih lagi berlandaskan nilai-nilai murni masyarakat Melayu tradisional dan sangat mementingkan semangat kejiranan serta sentiasa memastikan ikatan ukhuwah di kalangan penduduk berkekalan. Amalan-amalan warisan seperti ziarah-menziarahi dan bergotong-royong dalam kenduri kendara masih diamalkan hingga ke hari ini. Maka tidak hairanlah penduduk kampung dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK