Ladang kelapa sawit kepunyaan penduduk

Permintaan Dunia Meningkat

T
 
 
Hasil getah yang sedang meningkat harganya

anah subur di sekitar kawasan Kampung Batu Sawar menjadi faktor utama kepada kegiatan perladangan yang dilakukan oleh penduduk kampung. Lebih kurang 900 hektar tanah disediakan untuk kegiatan perladangan yang diusahakan secara persendirian atau berkelompok. Penanaman getah dijadikan sebagai sumber utama dalam menjana pendapatan mereka. Dianggarkan lebih 100 hektar tanah kampung dijadikan ladang getah.

Ada juga penoreh-penoreh getah dari kampung berhampiran yang mengambil upah menoreh di ladang getah kepunyaan penduduk Kampung Batu Sawar. Kebiasaannya, penoreh akan menoreh selama dua hingga tiga minggu sebelum getah beku yang dihasilkan dijual kepada peraih. Penoreh-penoreh getah memperolehi bantuan seperti baja dan anak pokok getah dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Daerah Temerloh.

Oleh kerana permintaan produk berasaskan getah semakin meningkat di pasaran dunia, maka harga getah turut meningkat sehingga mencecah RM3.00 perkilogram. Penoreh-penoreh getah kini mampu hidup dengan selesa.

Ada juga penduduk kampung yang menjadi pekebun kelapa sawit secara kecil-kecilan. Kebanyakan pekebun-pekebun ini baru sahaja menceburi kegiatan penanaman sawit. Harga kelapa sawit yang semakin meningkat di pasaran dunia mampu memberi pulangan sehingga RM700.00 setan.

Buah kelapa sawit biasanya akan berbuah sekali dalam setiap tiga atau empat bulan. RISDA turut memberi bantuan latihan dan anak pokok kelapa sawit bagi meringankan beban penduduk Kampung Batu Sawar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK