Penternakan secara moden dan memberangsangkan

Ayam Kacuk

A
 
 
Anak ayam ini dijaga dengan rapi untuk tumbesaran yang sihat

bu Hassan Ramli menjalankan penternakan kacukan ayam kampung dan ayam daging. Pada mulanya beliau hanya menternak ayam kampung secara kecil-kecilan. Tetapi atas cadangan seorang rakan dua tahun lalu, beliau mula berjinak-jinak menternak ayam kacuk. Potensi pasaran yang semakin luas menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi penternakan ayam kacuk.

Jika dahulu beliau hanya menternak 200 ekor ayam kacuk dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.00, kini jumlah ayam meningkat sehingga 1,000 ekor. Harga pasaran ayam kacuk yang tinggi, kira-kira RM9.00 sekilogram membolehkan beliau memperoleh pendapatan yang lumayan. Menurut beliau, daging ayam kacuk yang lebih lembut berbanding daging ayam kampung menyebabkan ramai pelanggan terutama masyarakat kaum Cina meminatinya.

 
Dedak yang berkualiti menjadi makanan ayam-ayam ternakan Abu Hassan
 

Reban ayam didirikan di kawasan yang agak jauh dari kawasan penempatan demi mengelakkan sebarang masalah di kalangan penduduk kampung. Ayam kacuk perlu diternak dalam masa 100 hari sebelum boleh dijual kepada peraih yang datang sendiri ke Kampung Batu Sawar. Ayam-ayam ini kemudiannya dipasarkan di sekitar Daerah Temerloh, Maran, Jengka, Triang dan juga Kuantan.


 
Penafian | Laman Web KTAK