Bantuan Skim Meringankan Beban
ungguhpun Kampung Batu Sawar terletak agak jauh di pedalaman, generasi muda di sini tidak tercicir dalam bidang pendidikan. Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Sawar (SRK Batu Sawar) merupakan satu-satunya sekolah rendah di kampung ini. Ia dibina pada tahun 1951 dan kini mempunyai bilangan seramai 90 orang murid. Biarpun bilangan pelajar agak kecil, namun prestasi akademik mereka amat membanggakan. SRK Batu Sawar pernah menerima anugerah kerana mencapai kelulusan tertinggi dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Daerah Temerloh.
 |
|
| Kanak-kanak melakukan aktiviti yang dianjurkan di sekolah |
|
|
Sekolah ini turut menerima pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bantuan pakaian seragam. Bantuan kerajaan ini sekurang-kurangnya meringankan beban ibu bapa para pelajar, sekaligus menggalakkan penduduk kampung menghantar anak mereka ke sekolah.
Bagi pelajar yang telah menamatkan darjah enam, mereka akan menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Teluk Sentang. Sekolah ini terletak di Kampung Teluk Sentang, kira-kira 15 kilometer dari Kampung Batu Sawar. Ada juga yang memilih untuk belajar di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh di Bandar Temerloh dan Sekolah Menengah Kerdau di Pekan Kerdau.
|