Tebing Sungai Pahang
| |
 |
| |
| Penggunaan sampan untuk menuju ke kampung seberang |
|
ungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, iaitu 459 kilometer. Pada zaman dahulu, sungai ini digunakan sebagai jalan perhubungan utama penduduk di Negeri Pahang. Justeru, rata-rata penduduk membuat penempatan di tebing Sungai Pahang. Antara penempatan yang masih kekal di tebing sungai ini ialah Kampung Batu Sawar. Sungguhpun kampung Melayu tradisional ini terletak di Daerah Temerloh, ia turut bersempadan dengan Daerah Jengka. Kampung Batu Sawar terletak dalam Mukim Jenderak dan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
| "Menjadi destinasi persinggahan terakhir pengunjung sebelum tiba di Gunung Senyum." |
|
| |
|
Pasti ramai yang tidak mengetahui Kampung Batu Sawar merupakan destinasi persinggahan terakhir buat para pengunjung sebelum tiba di Gunung Senyum. Loji Air Batu Sawar, iaitu sebuah loji penapisan air menjadi pertunjuk utama bahawa pengunjung sudah pun menjejakkan kaki ke kawasan Kampung Batu Sawar.
| |
 |
| |
| Kambing ternakan penduduk bebas berkeliaran di tepi jalan |
|
Untuk sampai ke Kampung Batu Sawar, pengunjung perlu melalui beberapa buah perkampungan Melayu yang terletak di tebing Sungai Pahang. Jalan Temerloh-Rumpun Makmur menjadi jalan utama yang menghubungkan Kampung Batu Sawar dengan kampung-kampung berhampiran. Jarak daripada Kampung Batu Sawar ke Bandar Temerloh ialah kira-kira 35 kilometer atau 30 minit perjalanan menaiki kereta. Sepanjang perjalanan, pengunjung boleh menikmati keindahan alam di sepanjang Sungai Pahang.
Perpustakaan Desa Kampung Batu Sawar terletak bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Sawar. Justeru, tidak hairanlah perpustakaan ini sentiasa dipenuhi dengan pelajar sekolah. |