Pelbagai Kemudahan Perubatan
alaupun tiada klinik kerajaan disediakan di Kampung Batu Sawar, penduduk kampung masih boleh menerima rawatan perubatan di Klinik Desa Kampung Purun yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan kampung. Klinik yang dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyarakat menyediakan pelbagai kemudahan perubatan seperti pemeriksaan ibu mengandung, pemeriksaan tekanan darah dan juga pemeriksaan bayi.
Hospital yang terhampir ialah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kawasan kampung. Hospital ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti wad pesakit, bilik pembedahan, Mesin Pengimejan dan Diagnostik atau Mesin “X-ray” dan banyak lagi.
|