Rujukan Penduduk
alai Polis terhampir ialah Balai Polis Daerah Temerloh yang terletak di tengah-tengah Bandar Temerloh, kira-kira 35 kilometer dari Kampung Batu Sawar. Balai polis ini menjadi tempat rujukan penduduk kampung yang menghadapi pelbagai masalah keselamatan.
Walaupun terletak agak jauh di pedalaman, pihak polis kerap membuat rondaan di sekitar kawasan Kampung Batu Sawar bagi memantau sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kejadian jenayah dan kes-kes kecemasan. Justeru, tidak hairanlah penduduk kampung di sini dapat hidup aman dan harmoni.
|