Hubungan Persaudaraan
| |
 |
| |
| Kampung Dingkir antara kampung terhampir |
|
ntara kampung-kampung yang berhampiran dengan Kampung Batu Sawar ialah Kampung Telok Sabok, Kampung Dingkir dan Kampung Gempu. Hubungan di antara penduduk Kampung Batu Sawar dengan penduduk kampung sekitar amat erat kerana mempunyai hubungan kekeluargaan seperti saudara mara dan sahabat handai.
Pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Sawar tidak memandang enteng tentang perhubungan di antara penduduk kampung dengan penduduk kampung sekitar. Ini demi memastikan kesejahteraan dan juga keharmonian penduduk kampung dapat dikecapi.
Antara aktiviti yang sering dianjurkan oleh JKKK Kampung Batu Sawar bersama JKKK di kampung berhampiran ialah pertandingan sukan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw dan Sukan Komuniti. Aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti pertandingan kompang, pertandingan nasyid dan permainan gasing turut dijalankan. |