Pengerusi JKKK Kampung Batu Sawar

Penyampai Maklumat

S

ecara umum, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat kampung. Antara bidang tugas JKKK ialah membantu kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan di dalam kawasan kampung demi untuk keselesaan penduduk.

JKKK Kampung Batu Sawar dipengerusikan oleh Tuan Haji Shamsudin Mohamed Ali. Beliau dibantu oleh beberapa biro khusus seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan, Biro Wanita dan Biro Kebajikan. Setiap biro yang ditubuhkan mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam memastikan pembangunan minda dan rohani masyarakat kampung.

 
Rumah Pak Andak Sudin
 

JKKK juga ditubuhkan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan antara pelbagai kaum atau sesama penduduk. Segala maklumat dan dasar kerajaan akan disampaikan sama ada secara terus kepada penduduk kampung atau melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat dan Program Sukan Komuniti. Selain itu, JKKK turut mengatur projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat kampung seperti membaik-pulih sistem perparitan, menganjurkan program gotong-royong dan sebagainya.



 
Penafian | Laman Web KTAK