Baja yang digunakan untuk pokok kelapa sawit

Rezeki Dari Tanah Dan Laut

P
  "Penduduk kampung turut mencari rezeki sampingan di Sungai Pahang."
   

enduduk Kampung Batu Sawar lebih tertumpu kepada sektor pertanian. Sebahagian besar penduduk di sini merupakan penoreh getah dan mengusahakan kebun getah milik mereka sendiri. Suatu ketika dahulu, apabila harga getah turun sekitar RM0.70 sen sekilogram, ramai penduduk kampung cuba mengubah haluan kepada pekerjaan lain.

 
Ladang getah di kampung
 

Namun, berkat kesabaran dan juga sikap yang tidak pernah berputus asa, penduduk kampung kini mendapat pulangan lumayan apabila harga getah di pasaran dunia meningkat secara mendadak. Harga getah yang kini mencecah RM3.00 sekilogram secara tidak langsung meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk kampung. Jika dahulu purata pendapatan sebulan penduduk kampung hanya sekitar RM650.00, kini mereka mampu memperoleh sehingga RM1000.00.

 
Pokok kelapa sawit yang ditanam penduduk kampung
 

Ada juga pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit bagi menjana pendapatan mereka. Harga sawit yang kini mencecah RM700.00 setan turut mempengaruhi beberapa penduduk kampung untuk mula mengusahakan tanaman sawit secara kecil-kecilan.

Di samping itu, ada juga sebahagian penduduk kampung yang mencari rezeki sampingan di Sungai Pahang. Mereka menahan lukah dan jaring untuk menangkap ikan-ikan sungai seperti ikan Kerai, ikan Patin, ikan Baung dan sebagainya. Kebiasaannya, aktiviti menangkap ikan hanya dilakukan pada waktu lapang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK