Agama Dan Sosial Seiring
emi melahirkan golongan belia yang berkaliber dan berwawasan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Sawar melalui Biro Belia dan Sukan sentiasa merangka program-program yang mampu menjana minda, rohani dan jasmani golongan muda.
Pelbagai program dianjurkan sama ada secara berjadual ataupun bermusim. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan khas untuk golongan belia di sini ialah pertandingan sepak raga, bola sepak, bola tampar dan badminton.
Selain aktif memenuhi masa senggang dengan aktiviti sukan, para belia turut aktif dalam kegiatan kebudayaan dan kesenian. Ini adalah untuk memastikan golongan muda tidak melupakan segala adat resam, kebudayaan dan juga kesenian masyarakat Melayu tradisional. Ilmu agama juga tidak dipandang remeh. Golongan belia digalakkan menghadiri Kelas Fardu Ain setiap minggu di surau. |