Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batang Berjuntai,
31A , Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,
45600 Batang Berjuntai,
Selangor Darul Ehsan.
   
  Peniaga wanita di pinggir jalan

Wanita Menjana Pendapatan Sampingan

W

anita hari ini tidak lagi tersorok di dapur tapi kini sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Mereka juga memikul tanggungjawab sebagai pencari rezeki untuk keluarga di samping menjadi ibu dan isteri di rumah. Walaupun begitu, wanita masih mampu untuk bergaul dengan masyarakat setempat.

Aktiviti-aktiviti kewanitaan diadakan oleh biro wanita Kampung Bestari Jaya untuk mengisi masa lapang golongan wanita ini. Aktiviti yang selalu dianjurkan oleh JKKK seperti mengadakan kelas agama Fardu Ain pada setiap minggu, program tadarus Al-Quran ketika sambutan hari kebesaran Islam dan majlis bacaan Yasin yang dibuat pada setiap malam Jumaat di surau atau masjid secara bergilir-gilir mengikut kampung sekitar.

Selain program keagamaan, golongan wanita di kampung ini juga mengadakan kelas jahitan dan yang berkaitan dengannya. Berkat ketekunan mereka, sering kali mereka mendapat tempahan menjahit baju dari penduduk Kampung Bestari Jaya. Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung di sini.

 
Penafian | Laman Web KTAK