USP Kerah Celik IT
erpustakaan Desa Batang Berjuntai merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perpustakaan ini dibuka pada tahun 2006. Perpustakaan ini terletak di kawasan rumah kedai di Pekan Batang Berjuntai. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat luar bandar.
Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang selesa di kalangan pelajar untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Bagi mereka yang ingin keadaan yang lebih santai, terdapat juga majalah yang sesuai untuk kanak-kanak, belia dan golongan dewasa. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negeri Selangor.
Terdapat sebuah mesinpengimbas dan juga mesin pencetak untuk memudahkan pustakawan melakukan kerja-kerja pentadbiran perpustakaan. Perpustakaan ini di bawah seliaan dua orang Pembantu Perpustakaan iaitu ik Suriya Yusof dan Jemaah Hussain. Mereka bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
 |
| Perpustakaan Desa Batang Berjuntai |
|
|