Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batang Berjuntai,
31A , Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,
45600 Batang Berjuntai,
Selangor Darul Ehsan.
   
 

Kawasan Lombong Menjadi Pusat Ilmu

B

atang Berjuntai telah wujud pada sekitar tahun 1920-an. Kawasan kampung ini dahulunya diliputi oleh tanaman pokok getah. Batang Berjuntai merupakan kawasan perlombongan yang telah diteroka pada zaman penjajahan British. Kegiatan perlombongan bijih timah bermula pada tahun 1940-an di kawasan lombong yang dikenali sebagai Berjuntai Tin dan Pasifik Tin. Dari situ wujudnya nama Kampung Berjuntai Tin.

Selepas itu, nama Kampung Berjuntai Tin telah ditukar kepada Kampung Berjuntai Jaya pada sekitar tahun 1998. Nama kampung ini tidak dipersetujui oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Seterusnya, nama Kampung Berjuntai Jaya ditukar kepada Kampung Bestari Jaya pada tahun 2006.

Batang Berjuntai berasal dari lombong

Kini, kawasan tinggalan perlombongan bijih timah dijadikan tapak Universiti Industri Selangor (UNISEL). Banyak perubahan dari segi pembangunan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan negeri berharap agar penduduk Bestari Jaya dapat membangun bersama-sama selaras dengan cita-cita kerajaan negeri menjadikan Bestari Jaya sebagai Bandar Ilmu pada tahun 2011 nanti.

 
Penafian | Laman Web KTAK