Bestari Jaya Bersatu Padu
erdasarkan statistik penduduk Kampung Bestari Jaya, 90 peratus daripadanya adalah kaum Melayu dan selebihnya kaum India dan Cina. Terdapat juga kaum India Muslim yang menetap di Bestari Jaya. Walaupun mereka hidup berbilang kaum, namun mereka mementingkan semangat kejiranan dengan mengutamakan ikatan silaturahim di antara penduduk.
| |
"Walaupun mereka hidup berbilang kaum, namun mereka mementingkan semangat kejiranan dengan mengutamakan ikatan silaturahim di antara penduduk. " |
| |
|
Penduduknya tinggal di dalam penempatan berbeza seperti rumah yang berderet-deret sepanjang jalan raya. Ada juga yang tinggal secara bertaburan di tanah sendiri. Terdapat juga penduduk setempat yang tinggal berkelompok di taman-taman perumahan. Walaupun Kampung Bestari Jaya dilanda arus pembangunan, penduduk di sini masih lagi mengamalkan cara hidup dan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan amalan bergotong royong. Di samping itu, aktiviti kebudayaan dan sukan sering diadakan untuk merapatkan hubungan antara penduduk.
|