Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batang Berjuntai,
31A , Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,
45600 Batang Berjuntai,
Selangor Darul Ehsan.
   
  UNiSEL menjadi tumpuan pelajar

Bestari Jaya Sebagai Pusat Pendidikan Selangor

P

endidikan merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan belajar dari pendidikan pra sekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Bersesuaian dengan Pusat Pendidikan Selangor, sebuah universiti iaitu Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah didirikan di Bestari Jaya.

Antara sekolah yang terdapat di Bestari Jaya ialah Sekolah Rendah Bestari Jaya, Sekolah Rendah Jaya Setia, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Syah dan Sekolah Raja Muda Musa. Pilihan sekolah-sekolah ini tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak Kampung Bestari Jaya untuk mendapat pendidikan yang sempurna.

  "Antara sekolah yang terdapat di Bestari Jaya ialah Sekolah Rendah Bestari Jaya, Sekolah Rendah Jaya Setia, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Syah dan Sekolah Raja Muda Musa "
   

Kewujudan UNISEL sedikit sebanyak memberikan semangat kepada anak-anak watan Kampung Bestari Jaya untuk melangkah lebih maju dalam bidang pendidikan. UNISEL dibuka pada 1999 di cawangannya di Shah Alam. Bangunan Induk UNISEL siap dibina di Bestari Jaya sekitar tahun 2005. UNISEL menyediakan pendidikan khususnya dalam bidang pengurusan, teknologi industri dan teknologi komunikasi maklumat. Dengan terdapatnya kemudahan pendidikan yang mencukupi di Kampung Bestari Jaya, anak-anak penduduk diharap akan berlumba-lumba untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK