Kelip-Kelip Menerangi Malam Anda
elip-kelip di Kampung Kuantan merupakan antara daya tarikan yang terdapat di Bestari Jaya. Terletak kira-kira sembilan kilometer dari Pekan Kuala Selangor dan mengambil masa selama 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan.
Pengembaraan kawasan kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat kawasan kelip-kelip ini berpotensi untuk dikomersialkan. Kampung Kuantan kini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor untuk memperkenalkan Kampung Kuantan sebagai pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Pelancong boleh memerhatikan kelip-kelip dari dalam sampan yang boleh disewa dengan harga RM40.00 atau pelancong boleh berjalan kaki sambil melihat keindahan kelip-kelip tersebut. Sebuah teater pandang dengar juga akan dibina di Kampung Kuantan bagi menayangkan kitaran hidup kelip-kelip kepada pengunjung ke situ.
|