Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Batang Berjuntai,
31A , Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,
45600 Batang Berjuntai,
Selangor Darul Ehsan.
   
 

Bestari Jaya Destinasi Ilmu

B

estari Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai terletak di Daerah Kuala Selangor. Bestari Jaya terletak lebih kurang 55 kilometer ke arah Kuala Lumpur, 30 kilometer daripada Pekan Rawang dan 20 kilometer dari Pekan Kuala Selangor. Jalan raya merupakan perhubungan utama bagi penduduk di sekitar Bestari Jaya untuk keluar ke pekan atau bandar sekitarnya.

Jika dahulu kehidupan di sini agak tenang, Namun dengan pembinaan Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kampung Bestari Jaya mengalami perubahan yang begitu ketara. Sebut sahaja UNISEL orang telah membayangkan Bestari Jaya. UNISEL kini menjadi identiti untuk pengunjung datang ke Bestari Jaya. UNISEL telah didirikan di kawasan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor sebagai Taman Pendidikan Selangor.

Persekitaran UNiSEL

Perpustakaan Desa Batang Berjuntai terletak di Pekan Bestari Jaya. Perpustakaan ini agak sukar dijumpai kerana ia terletak di kawasan rumah kedai di Pekan Bestari Jaya. Terdapat sebuah stesen minyak SHELL yang menjadi pertunjuk utama bahawa anda sudah hampir sampai ke Perpustakaan Desa Batang Berjuntai.

Jalan raya merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk di sini. Namun masih lagi terdapat jalan tanah merah di kawasan ladang dan kawasan pendalaman kampung. Kebanyakan penduduk di sini menjadikan perladangan sebagai sumber ekonomi utama bagi menampung kehidupan seharian mereka.

 
Penafian | Laman Web KTAK