GVSB Tingkatkan Kualiti Hidup Belia
egiatan usahawan di Kampung Bestari Jaya lebih tertumpu pada sektor penternakan ikan keli dan mengadakan kursus-kursus melibatkan ternakan. Seorang penduduk Kampung Bestari Jaya telah mengusahakan sebuah projek Inkubator Ikan Keli di bawah syarikat beliau Green Vision Sdn Bhd (GVSB) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Taman Agroteknologi Bestari Jaya.
GVSB dan TEKUN berusaha untuk mewujudkan peluang peniagaan dan melatih usahawan muda menceburkan diri dalam penternakan ikan keli. GVSB memberi latihan, kursus dan khidmat nasihat kepada usahawan yang berminat. Sekarang GVSB mempunyai seramai 30 orang pelajar berumur 20 tahun ke atas yang terlibat dalam kursus dianjurkan selama 3 tahun.
| "Seorang penduduk Kampung Bestari Jaya telah mengusahakan sebuah projek Inkubator Ikan Keli di bawah syarikat beliau Green Vision Sdn Bhd (GVSB) " |
|
| |
|
Pelajar-pelajar ini bertugas untuk menyediakan benih-benih dan makanan ikan keli dan menguruskan penternakan ikan keli yang terdapat di Taman Agroteknologi Bestari Jaya. TEKUN mengeluarkan pembiayaan bagi segala urusan pembiayaan dan pinjaman yang berkaitan dengan kursus yang dianjurkan.
.
|