Menjamin Kesejahteraan Penduduk
enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap kampung dan negeri bagi menjamin kesihatan setiap penduduk kampung. Di kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa atau Klinik Kesihatan.
| "Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap kampung dan negeri bagi menjamin kesihatan setiap penduduk kampung" |
|
| |
|
Klinik Kesihatan Batang Berjuntai terletak di Pekan Bestari Jaya. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Rawatan di Klinik Kesihatan Batang Berjuntai dikenakan bayaran yang berpatutan iaitu RM1.00 seorang bagi pesakit luar.
Klinik kesihatan juga turut menyediakan unit kecemasan selepas waktu pejabat iaitu kes-kes seperti kemalangan, keracunan dan masalah kesihatan yang lain. Unit ini sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan kecemasan yang mendatang. Klinik Kesihatan Batang Berjuntai juga memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada kanak-kanak dan ibu mengandung.
|