Sukan Merapatkan Hubungan
awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.
JKKK Kampung Bestari Jaya diselenggara oleh Penghulu Mukim, Hanis Zahari. Pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK Kampung Bestari Jaya. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Agama dan Kebajikan, Biro Belia dan Sukan, Biro Teknologi Maklumat, Biro Ekonomi. Biro-biro yang lain ialah Biro Keselamatan, Biro Sosial, Biro Keselamatan, Biro Keusahawanan, Biro Kebudayaan dan Biro Warga Emas.
Sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung. Sehingga kini program-program yang telah dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya pertandingan sukan antara kampung sempena Hari Kebangsaan ke-50 telah diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk Kampung Bestari Jaya dan kampung sekitarnya. Untuk tempoh yang akan datang, JKKK Pekan Bestari Jaya akan terus merancang dan melaksanakan aktiviti–aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dengan dasar-dasar kerajaan.
|