Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Batang Berjuntai,
31A , Jalan Berjuntai 3,
Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,
45600 Batang Berjuntai,
Selangor Darul Ehsan.

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

Tidak ramai yang mengetahui di mana letaknya Bestari Jaya. Tetapi jika anda bertanya di mana letaknya Batang Berjuntai, jawapan yang anda terima amat berlainan sekali. Orang ramai dan penduduk Kampung Bestari Jaya lebih sinonim dengan panggilan Batang Berjuntai.

Batang Berjuntai kini mula mendapat perhatian apabila sebuah Institut Penggajian Tinggi Swasta (IPTS) didirikan di situ. Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya merupakan universiti swasta pertama dimiliki dan ditubuhkan oleh Negeri Selangor. UNISEL dibina agar dapat memenuhi permintaan tenaga kerja dalam bidang teknikal dan perindustrian. Universiti ini dibuka untuk orang ramai tidak mengira bangsa dan umur. Malah ada juga pelajarnya datang dari dari negara luar seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei dan sebagainya.


Maklumat Am Sosioekonomi

Bestari Jaya atau dahulu dikenali sebagai Batang Berjuntai terletak di Daerah Kuala Selangor. Bestari Jaya terletak lebih kurang 55 kilometer ke arah Kuala Lumpur, 30 kilometer daripada Pekan Rawang dan 20 kilometer dari Pekan Kuala Selangor. Jalan raya merupakan perhubungan utama bagi penduduk di sekitar Bestari Jaya untuk keluar ke pekan atau bandar sekitarnya.

Perladangan merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk Kampung Bestari Jaya. Antara jenis perladangan terdapat di Kampung Bestari Jaya ialah tanaman kelapa sawit yang merupakan tanaman terbesar di sini.

 
Penafian | Laman Web KTAK