Belia Tunggak Negara
elia merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti. Kewujudan belia tidak boleh dipandang enteng kerana mereka adalah penggerak kepada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh JKKK. Belia di Kampung Bestari Jaya bergiat aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh JKKK.
Biro Belia ditubuhkan untuk mendedahkan belia dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada belia itu sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan seperti mengadakan ceramah dan pameran tentang dadah kepada ahli-ahli persatuan yang dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Melalui program sebegini, remaja dan belia Kampung Bestari Jaya dapat mempertahan dan menghindari penyalahgunaan dadah.
Selain itu, belia di sini turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung dan kawasan masjid. Aktiviti ini selalunya diadakan pada hari minggu dan juga ketika adanya majlis-majlis sambutan untuk menghiasi kawasan kampung. Untuk menanamkan sifat kepimpinan dalam membina jati diri yang mantap kepada belia di sini, pihak kerajaan dan swasta seharusnya menyediakan agenda-agenda positif kepada belia kampung yang boleh membawa ke arah matlamat ‘Belia Tunggak Negara’.
|