Kelapa Sawit Sumber Pendapatan
ertanian dan perladangan kelapa sawit merupakan salah satu sumber pendapatan utama bagi penduduk Kampung Bestari Jaya. Keadaan tanah yang subur dan ekosistem yang terjaga menjadikan Kampung Bestari Jaya amat sesuai untuk penanaman kelapa sawit.
| |
 |
| |
| Kelapa sawit akan dinilai kualitinya terlebih dahulu di sini |
|
Dibuka pada tahun 1982-an, sebuah syarikat telah mengambil alih tanaman ladang getah yang dianggarkan seluas 4,800 hektar tanah untuk dijadikan tanaman kelapa sawit dan kilang pemprosesan kelapa sawit secara komersial. Ini dapat membantu penduduk Kampung Bestari Jaya dalam menaikkan taraf hidup dan menjadi salah satu punca rezeki penduduk kampung ini.
Hasil-hasil tanaman dibekalkan kepada syarikat luar dan dieksport ke kilang-kilang pemprosesan minyak. Selalunya hasil pungutan kelapa sawit dibawa terus dari ladang ke kilang untuk diperiksa kualiti kelapa sawit tersebut sebelum dihantar ke pembekal minyak masak.
|