Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
 

Wanita Kini Pentingkan Kesihatan

M

enyedari wanita memikul peranan penting dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka persatuan penduduk merancang aktiviti khusus yang melibatkan wanita di kawasan Bandar Tun Razak. Dari situ wujudnya Biro Wanita yang berperanan untuk menggalakkan wanita bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dianjurkan oleh mereka.

Pelbagai aktiviti direncanakan oleh Biro Wanita agar dapat membina golongan wanita yang berwawasan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti kelas mengaji Al-Quran dan tajwid diadakan di Surau Asy-Syakirin, program tadarus Al-Quran, latihan marhaban dan nasyid ketika sambutan hari kebesaran Islam. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan persatuan penduduk berganding bahu bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan wanita di Bandar Tun Razak sentiasa gembira dan kebajikan mereka terjaga.

Golongan wanita mula memandang berat akan kesihatan mereka. Aktiviti wanita seperti tarian poco-poco anjuran Biro Wanita mula mendapat sambutan yang menggalakkan. Senaman ini merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia. Senaman ini menjadi tarikan kepada semua golongan wanita tanpa mengira usia. Latihan kelas senaman poco-poco diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak.

 
Penafian | Laman Web KTAK