Merapatkan Jurang Digital
rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui penubuhan Perpustakaan Kuala Lumpur cawangan Bandar Tun Razak. Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap kawasan yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
Perpustakaan Kuala Lumpur cawangan Bandar Tun Razak ini dibuka pada 6 Jun 1994. Perpustakaan ini terletak di kawasan Rumah Pangsa DBKL Sri Kota. Perpustakaan ini dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang selesa di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak, malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Kebanyakan buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Kuala Lumpur.
 |
| Kemas. Perpustakaan Desa Bandar Tun Razak |
|
Terdapat empat buah komputer, sebuah mesin pengimbas dan mesin pencetak untuk memudahkan pustakawan melakukan kerja-kerja pentadbiran perpustakaan. Perpustakaan ini di bawah seliaan seorang Pembantu Perpustakaan iaitu Norafhizan Nordin. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Kuala Lumpur cawangan Bandar Tun Razak beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Selasa hingga Jumaat dan Ahad pada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Keahlian terbuka kepada penduduk rumah pangsa Bandar Tun Razak dan kawasan berdekatan. Borang keahlian boleh didapati di kaunter perpustakaan. Terdapat dua jenis keahlian iaitu keahlian bagi golongan dewasa dan keahlian untuk kanak-kanak. Ahli perpustakaan akan dikenakan sedikit yuran keahlian.
|