Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar.Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
 

Penghormatan Terhadap Pemimpin Negara

B

andar Tun Razak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Kuala Lumpur pada tahun 1970-an. Dahulunya Bandar Tun Razak dikenali sebagai Kampung Konggo. Nama Kampung Konggo diperoleh daripada petempatan pesara-pesara tentera yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia (ATM). Pesara-pesara ini telah menyertai pasukan tentera Malaysia untuk berkhidmat di Republik Congo pada tahun 1960-an di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Selepas berkhidmat di Republik Congo, mereka pulang ke Malaysia dan meneroka kawasan hutan di kawasan Bandar Tun Razak untuk dijadikan penempatan sementara mereka. Dari kawasan hutan belukar menjadi kawasan rumah setinggan dan akhirnya menjadi sebuah penempatan tetap bagi penduduk asal Bandar Tun Razak.

  "Dahulunya Bandar Tun Razak dikenali sebagai Kampung Konggo. Nama Kampung Konggo diperoleh daripada petempatan pesara-pesara yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia (ATM)"
   

Pada tahun 1981, nama Bandar Tun Razak diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Nama Bandar Tun Razak diberikan sempena Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia. Bandar Tun Razak diberi nama oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai mengenang jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Razak dalam membangunkan Bandar Tun Razak dari sebuah kampung setinggan menjadi sebuah bandar yang moden.

 
Penafian | Laman Web KTAK