Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
 

Pendidikan Bermutu Pelajar Cemerlang

P

endidikan merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak dilatih dari pendidikan pra sekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Pendidikan pra sekolah yang terdapat di kawasan Bandar Tun Razak ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA KEMAS), Tadika Perpaduan Bandar Tun Razak dan Tadika Islam Bandar Tun Razak.

Terdapat Sekolah Rendah Bandar Tun Razak, Sekolah Kebangsaan Islam, Sekolah Menengah Taman Mulia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Selain itu, kelas-kelas agama Fardu Ain turut diberikan kepada anak-anak di sini. Pilihan sekolah-sekolah terbaik tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak penduduk Bandar Tun Razak untuk mendapat pendidikan sempurna untuk meningkatkan tahap pendidikan yang bermutu.

Penduduk di sini turut mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang yang dianjurkan oleh Badan Khairat dan Kematian Persatuan Penduduk bagi pelajar-pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) yang cemerlang dalam bidang akademik. Ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada anak-anak penduduk Bandar Tun Razak untuk lebih berdaya saing dalam bidang pendidikan.

  "Terdapat pendidikan pra sekolah yang terdapat di kawasan Bandar Tun Razak ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA KEMAS), Tadika Perpaduan Bandar Tun Razak dan Tadika Islam Bandar Tun Razak"
   
 
Penafian | Laman Web KTAK