KL Downtown Menyerikan Malam Kuala Lumpur
andar Tun Razak dahulunya merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di pinggir Bandar Raya Kuala Lumpur, sebuah bandar yang jauh dari kesibukan kota. Namun, kini Bandar Tun Razak telah berubah menjadi salah sebuah bandar yang pesat membangun. Di sini terdapat bazar malam atau dikenali oleh penduduk sekitar dengan jolokan nama KL Downtown. KL Downtown telah dibuka pada 24 Jun 2006.
| |
 |
| |
| Gerai-gerai tersusun menanti kunjungan |
|
KL Downtown merupakan usaha sama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Pengasih Malaysia. 400 buah gerai dengan pelbagai jenis barangan dijual oleh pengusaha di Downtown KL. Jika anda berminat dengan barangan di sini, anda boleh tawar-menawar harga barangan dengan pengusaha gerai tersebut. Selain itu, terdapat juga pentas terbuka untuk pengunjung bersuka-ria dengan acara nyanyian dan juga persembahan artis-artis jemputan.
Bazar ini dibuka pada waktu malam dan mendapat sambutan yang meriah dari kalangan penduduk sekitar Bandar Tun Razak dan pengunjung dari Kuala Lumpur. Terdapat juga gerai makanan disediakan berdekatan dengan bazar ini. Para pengunjung yang berasa penat dan ingin menghilangkan rasa dahaga bolehlah beristirehat di gerai-gerai yang telah disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati makanan selepas berkunjung ke sini.
| "KL Downtown merupakan usaha sama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Pengasih Malaysia" |
|
| |
|
|