Urbanisasi Dan Pantas
okasi Bandar Tun Razak terletak di Daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bandar Tun Razak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di antara Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tasik Selatan. Bandar Tun Razak boleh dikatakan sebuah bandar yang moden dan sentiasa bergerak pantas.
Jika anda ingin ke Bandar Tun Razak, anda boleh melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR2) dengan mengambil masa 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Dari MRR2, anda harus mengambil susur keluar ke Bandar Tasik Selatan. Anda boleh mengikut papan tanda untuk sampai ke Bandar Tun Razak. Perpustakaan Kuala Lumpur cawangan Bandar Tun Razak terletak di dalam kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sri Kota, Bandar Tun Razak.
Jalan raya dan Stesen Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd Kuala Lumpur (RAPID KL) merupakan jalan perhubungan antara penduduk di sini untuk ke Bandar Raya Kuala Lumpur. Bas RAPID KL yang kerap melalui kawasan perumahan memudahkan lagi penduduk di sini untuk ke bandar. Kemudahan asas penduduk di Bandar Tun Razak adalah antara yang terlengkap kerana mempunyai pelbagai kemudahan dari segi perhubungan, infrastruktur dan pendidikan.
Bandar Tun Razak pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kampung Konggo. Kampung ini merupakan penempatan pesara-pesara tentera darat yang telah dihantar berkhidmat ke Congo oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
| "Lokasi Bandar Tun Razak terletak di Daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bandar Tun Razak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di antara Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tasik Selatan " |
|
| |
|
|