Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
 

Tubuh Sihat Menjamin Penduduk Yang Ceria

M

enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap negeri bagi menjamin kesihatan setiap masyarakat. Di kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa atau Klinik Kesihatan.

Bandar Tun Razak tidak ketinggalan dalam menyediakan prasarana berkaitan kesihatan. Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak terletak di kawasan perumahan Bandar Tun Razak. Klinik kesihatan ini memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Selain itu, terdapat juga klinik persendirian yang wujud di kawasan perumahan Bandar Tun Razak seperti klinik ibu mengandung dan klinik-klinik swasta lain.

"Terdapat sebuah hospital di Bandar Tun Razak iaitu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)."  
   

HUKM memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada penduduk di kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, Ampang dan Kuala Lumpur. HUKM juga menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden untuk rawatan kesihatan bagi setiap golongan umur.

Biasanya pesakit hendaklah membuat temu janji dengan HUKM dahulu sebelum menerima apa-apa rawatan. Ini memudahkan pihak HUKM memantau dan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. HUKM juga menyediakan Jabatan Perubatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari.

 
Penafian | Laman Web KTAK