Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
 

Penduduk Menjaga Keselamatan Bandar Tun Razak

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis, namun penduduk Bandar Tun Razak juga berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Tanggungjawab ini dipikul oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rumah Pangsa DBKL Sri Kota yang menjadi tonggak penduduk.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rumah Pangsa DBKL Sri Kota diketuai oleh Amir Haji Ahmad selaku penyelia kawasan Rumah Pangsa DBKL Sri Kota. Selain AJK Persatuan Penduduk, terdapat juga Rukun Tetangga yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan di sini. Rukun Tetangga di sini bertugas secara sukarela dan selalunya membuat rondaan sekali seminggu.

Kelab Bomba

AJK Persatuan Penduduk telah menubuhkan Kelab Bomba yang diiktiraf oleh Pusat Latihan Bomba Malaysia Kuala Kubu Bharu. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2005 yang dianggotai seramai 40 orang ahli. Kelab bomba ini melatih pelajar di sini cara-cara mencegah berlakunya kebakaran selain pengetahuan tentang ciri-ciri keselamatan secara umum.

Terdapat sebuah Pondok Polis dan Balai Bomba yang terletak di kawasan perumahan Bandar Tun Razak. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di kawasan Rumah Pangsa DBKL Sri Kota berada dalam keadaan yang terkawal.

 
Penafian | Laman Web KTAK