Prasarana Lengkap Memudahkan Kehidupan Penduduk
agi memastikan setiap penduduk Bandar Tun Razak tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyediakan kemudahan asas yang lengkap untuk kemudahan mereka. Salah satu kemudahan asas yang terdapat di Bandar Tun Razak ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Stadium ini digunakan untuk pertandingan bola sepak yang sering dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak dan sekolah-sekolah. Di situ juga turut diadakan persembahan kesenian dan kebudayaan.
Penduduk kawasan perumahan Bandar Tun Razak mendapat kemudahan asas yang mencukupi seperti jalan raya berturap, bekalan air bersih dan elektrik serta kemudahan lain. Terdapat juga prasarana disediakan bagi tujuan kemudahan penduduk di sini seperti pondok polis, klinik kesihatan, dewan orang ramai, tadika, sekolah rendah dan menengah, taman permainan kanak-kanak selain gelanggang takraw, bola jaring juga bola tampar.
 |
| Kemahiran bersukan dapat dipraktikkan di sini |
|
Penduduk di sini tidak perlu menaiki kenderaan sendiri untuk ke bank atau ke pejabat pos kerana kemudahan pengangkutan yang efisien turut disediakan di kawasan perumahan Bandar Tun Razak. Bagi sistem pengangkutan awam, penduduk tidak perlu risau kerana adanya Stesen Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur (RAPID KL) dan perhentian teksi bagi memudahkan penduduk di sini perhi ke Bandar Raya Kuala Lumpur.
Sistem Transit Aliran Ringan
Di Bandar Tun Razak juga terdapat perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT). LRT merupakan kereta api moden berkuasa elektrik dan bergerak di atas dua landasan bagi menawarkan pilihan yang selesa dan cepat untuk bergerak dalam kawasan Bandar Raya Kuala Lumpur. Aliran Sri Petaling dikendalikan oleh RAPID KL dan merupakan salah satu daripada tiga LRT di Kuala Lumpur.
| |
 |
| |
| Anjakan teknologi yang memberi keselesaan |
|
Aliran Sri Petaling dahulunya dikenali sebagai Sistem Transit Aliran Ringan (STAR Line) yang pernah dikendalikan oleh Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd. Aliran ini mempunyai 18 buah stesen dari Sentul Timur di utara sehingga Sri Petaling di selatan. Salah satu stesennya adalah stesen Bandar Tun Razak.
|