Gaya Hidup Tradisi Masih Dijunjung
erdapat tiga buah rumah pangsa di kawasan Bandar Tun Razak iaitu Rumah Pangsa Sri Kota, Rumah Pangsa Sri Kuning dan Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak. Di samping itu, terdapat juga taman-taman perumahan yang terdapat di sekitar perumahan Bandar Tun Razak antaranya ialah Taman Mulia, Taman Midah dan Taman Jaya.
Perhubungan penduduk Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar masih lagi terjalin erat kerana penduduk di sini sangat mementingkan semangat kejiranan. Persatuan penduduk Bandar Tun Razak sentiasa menganjurkan aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan antara penduduk di sini. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sambutan Hari Keluarga yang diadakan setiap tahun, amalan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Bandar Tun Razak dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kerjasama yang wujud antara penduduk sekitar Bandar Tun Razak sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan seperti sifat tolong-menolong antara kaum dan menghidupkan kembali cara hidup tradisi agar tidak luput dek arus pembangunan.
|