Tempiasan Arus Modenisasi
ebanyakan penduduk Bandar Tun Razak bekerja di sektor awam dan swasta. Ini kerana kedudukan Bandar Tun Razak yang berdekatan dengan Bandar Raya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil. Kawasan-kawasan ini bagaikan “lombong emas” bagi penduduk di sini untuk mencari rezeki.
Penduduk di Bandar Tun Razak sedikit sebanyak dapat berasa tempias pembangunan yang pesat melanda Bandar Raya Kuala Lumpur. Banyak peluang-peluang pekerjaan terdapat di sekitar bandar raya. Ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di sini mencari pendapatan agak lumayan untuk menampung kos sara hidup yang agak tinggi di kota metropolitan.
Ada di antara penduduk di sini bekerja di kawasan perkilangan mahupun bekerja sendiri dengan membuka kedai-kedai runcit di kawasan perumahan mereka. |