Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
 

Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

Bandar Tun Razak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bandar ini pesat membangun dan mempunyai kemudahan prasarana yang lengkap. Penduduk Bandar Tun Razak seolah-olah bergerak 'pantas' bagi memenuhi segala permintaan kehidupan masa kini. Walaupun sibuk mencari rezeki, namun penduduknya masih lagi sempat beriadah dan berekreasi di Taman Tasik Permaisuri. Setiap petang kelihatan ibu dan bapa membawa anak-anak mereka ke Taman Tasik Permaisuri untuk bersenam dan bersiar-siar. Terpancar keriangan anak-anak kecil berlari-lari dan bermesra dengan kedua ibu bapanya. Pada sebelah malam pula, suasana di KL Down Town yang agak ‘happening’ menyambut kedatangan anda sekeluarga. Di sini terdapat pelbagai jualan beraneka jenis barangan.


Kawasan Riadah Kesihatan

Taman Tasik Permaisuri merupakan antara tempat yang terkenal bagi penduduk Bandar Tun Razak untuk beriadah dan berkelah. Kawasan Taman Tasik Permaisuri merupakan kawasan rekreasi yang dikelola oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). Penduduk di sini dapat menikmati gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman ringkas secara individu mahupun secara berkumpulan di sini.

Menjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap negeri bagi menjamin kesihatan setiap masyarakat. Di kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa atau Klinik Kesihatan.

 
Penafian | Laman Web KTAK