Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pelancongan
10
Kemudahan Asas
11
Kawasan Riadah
12
Kesihatan
13
Pendidikan
14
Keselamatan
15
USP
 
 
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Bandar Tun Razak,
Blok 88, Flat Sri Kota,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
   
   

Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumut

B

elia merupakan pelapis negara bagi menyambung tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin masa kini. Belia haruslah aktif dari segi fizikal dan rohani agar dapat meningkatkan jati diri mereka ke tahap yang memberangsangkan. Belia-belia Bandar Tun Razak sering bergiat aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di sini. Mereka sering terlibat di dalam aktiviti-aktiviti seperti sukan, keagamaan, pertubuhan beruniform dan sebagainya.

Melalui aktiviti yang diadakan, belia di sini mendapat pendedahan serta pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada kawasan perumahan Bandar Tun Razak, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Persatuan Belia 4B di sini. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh belia di sini mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). DBKL sering kali memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada para belia bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Di samping itu, para belia di sini melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong bersama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa DBKL Sri Kota bagi membersihkan kawasan persekitaran yang dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera.

Selain itu, belia di sini juga menubuhkan Persatuan Seni Silat Langkah Tiga yang dikelola oleh Biro Kesenian dan Kebudayaan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa DBKL Sri Kota. Persatuan ini mengadakan latihan setiap malam Sabtu bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Komuniti Bandar Tun Razak.

Dewan Komuniti Bandar Tun Razak
 
Penafian | Laman Web KTAK