Ungkapan ‘Good Boy' Pencetus Ilham

K

ampung Bahagia Jiboi mempunyai sejarahnya yang unik dan tersendiri. Kampung ini berasal daripada kawasan lombong yang menjadi pusat memancing di kalangan penduduk setempat ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.

Menurut sumber anak tempatan, kisah nama Kampung Jiboi bermula daripada seorang pembantu pejabat yang bekerja dengan orang Inggeris ketika itu. Disebabkan kerajinan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh pekerja tersebut semasa bekerja, majikannya sering memujinya dengan ungkapan “Good Boy” dan ungkapan tersebut telah diulang berkali-kali sehinggalah tercetusnya nama Jiboi sebagai nama penempatan di kampung ini.

Pada sekitar tahun 1970-an, ramai penduduk berpindah ke kawasan ini yang diketuai oleh Datuk Wan bersama lebih kurang 100 orang pengikutnya. Perpindahan lebih ramai penduduk ke Kampung Bahagia Jiboi ini juga menyebabkan kampung ini menjadi salah satu penempatan popular di kawasan Ampangan.

Kepesatan dan kemajuan kampung juga turut dirasai apabila dinobatkan sebagai Kampung Gerakan Desa Wawasan pada tahun 1998. Kepesatan arus pembangunan di bandar juga turut memberikan impak yang positif kepada penduduk di sini. Walaupun hanya sebuah penempatan kampung di pinggir bandar, sikap positif yang ditonjolkan oleh penduduk untuk maju ke hadapan menjadi pemangkin kepada kemajuan kampung.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK