Ciri-ciri Budaya Kampung Masih Diterapkan
ajoriti penduduk di kampung Bahagia Jiboi adalah Melayu beragama Islam diikuti dengan kaum Cina dan India yang rata-ratanya menganut agama Buddha dan Hindu. Persepakatan yang erat di kalangan masyarakat berbilang kaum ini jelas tergambar di kawasan ini. Dianggarkan penduduk yang tinggal di kampung ini berjumlah 2,000 orang.
Pola pertempatan di kampung ini adalah secara berpusat. Dahulunya terdapat pelbagai rumah tradisional menggunakan kayu di sini namun segelintir rumah lama tersebut telah diubah suai oleh pemiliknya. Namun begitu, ciri-ciri budaya kampung dan cara hidup sederhana masih diteruskan di sini.
|