Kolam Ternakan Ikan Daya Tarikan Kaki Pancing
erdapat sebuah kolam ternakan ikan yang agak luas dibina di Kampung Bahagia Jiboi. Kolam ini juga merupakan sumber pendapatan sampingan penduduk kampung. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti lampam, tilapia dan keli yang diternak di sini. Kesemua ikan ini akan dibiakkan dan memudahkan kaki pancing memancing di sini. Kolam ini dibuka sehingga waktu malam dan kadar yang dikenakan sangat berpatutan. Kolam ini sememangnya menjadi pilihan penduduk untuk berkumpul dan mengisi masa lapang
|