Pendidikan Tonggak Kegemilangan Negara
| |
 |
| |
| Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar |
|
spek pendidikan generasi muda di kampung ini tetap dititik beratkan oleh ibu bapa masing-masing. Terdapat banyak institusi pendidikan disediakan di sekitar kawasan kampung meliputi pembelajaran kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dianggarkan lebih daripada lima buah sekolah yang menjadi tumpuan anak muda kampung di sekitar Ampangan iaitu seperti tadika KEMAS, Sekolah Rendah Kebangsaan King George V, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor.
Kebanyakan sekolah yang terdapat di kawasan ini adalah sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dianggarkan jumlah pelajar yang menuntut di sini adalah lebih daripada 1,000 orang. Ada yang bersekolah pada sesi pagi dan ada juga di sesi petang mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Terdapat juga kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan pada setiap hari Sabtu. Ini bagi menggalakkan pelajar-pelajar supaya bergiat aktif dalam kelab dan persatuan yang disediakan.
 |
|
| Sekolah Kebangsaan King George V |
|
|
Di dalam kampung ini, terdapat juga golongan cendekiawan yang menjadi kebanggaan penduduk. Antara beberapa tokoh terkenal dalam bidang pendidikan ialah pensyarah Universiti Gajah Mada Indonesia, Profesor Dr Ramli Isin dan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pandamaran Klang, Profesor Dr Jamali Selamat. Kejayaan anak watan menjadi inspirasi kepada semua penduduk sekitar terutamanya golongan muda untuk lebih berintelektual dan maju ke hadapan.
|