Destinasi Bersejarah
awasan pelancongan yang menarik di sekitar kampung ini adalah Hutan Lipur Ulu Bendul dan Makam Tuan Haji Said. Kedua-dua tempat ini menjadi pilihan pengunjung dari luar kerana keunikan dan cerita yang terdapat di sebalik kewujudan kawasan tersebut. Kunjungan pelancong bukan sahaja terdiri daripada sekitar penduduk Negeri Sembilan namun terdapat juga pengunjung dari Selangor seperti dari Johor dan Singapura.
Hutan Lipur Ulu Bendul telah dibina sekitar tahun 1970-an di bawah seliaan Pejabat Hutan Ulu Bendul. Persekitaran yang sungguh mengasyikkan dengan bunyi unggas hutan dan air sungai yang mengalir tenang pasti menggamit kedatangan pengunjung ke sini. Terdapat pelbagai perkhidmatan chalet dan juga tapak perkhemahan bagi orang persendirian dan juga organisasi yang berminat untuk menjalankan aktiviti di sini. Selain itu, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, terdapat perkhidmatan seperti mendaki Gunung Angsi, flying fox, halangan tentera dan sebagainya.
| |
 |
| |
|
Makam Tuan Haji Said juga merupakan salah satu tempat bersejarah di sekitar kawasan kampung ini yang sering mendapat kunjungan daripada luar. Makam Tuan Haji Said merupakan ulama terkenal dan mempunyai ramai pengikut dan anak murid di serata Malaysia. Beliau telah disemadikan di kawasan khas yang berpagar dan ditempatkan bersama-sama kerabat keluarganya yang lain. Makam beliau sering kali mendapat kunjungan daripada bekas pelajarnya yang menghormati dan mengagumi 'tok guru' mereka.
|