Plaza Ampangan Dan Medan Selera Minangkabau Sebagai Mercu Tanda

P

erpustakaan Desa Kampung Bahagia Jiboi terletak di salah satu perkampungan tradisional yang terdapat di Ampangan, Negeri Sembilan. Tidak sukar untuk sampai ke sini jika anda melalui jalan Seremban-Kuala Pilah kerana kawasan perkampungan ini terletak hanya tiga kilometer dari arah bandar Seremban.

“Suasana kampung yang redup di sini membuatkan anda rasa ingin tinggal lebih lama.”  
   

Selain papan tanda arah yang menandakan anda berada di kawasan Ampangan, salah satu mercu tanda untuk ke kampung ini adalah Plaza Ampangan yang terletak di tengah-tengah kawasan Pekan Ampangan. Jika anda dari bandar Seremban, anda perlu masuk di simpang kanan medan selera berbumbung Minangkabau di satu simpang empat berlampu isyarat. Kemudian teruskan perjalanan sehingga anda bertemu dengan papan tanda Kampung Bahagia Jiboi.

 
 
Plaza Ampangan tumpuan penduduk

Anda jjuga boleh sampai ke sini dengan menaiki kenderaan seperti motor, kereta, teksi, bas awam mahupun perkhidmatan komuter dari bandar Seremban. Sistem perhubungan yang lengkap dengan adanya jaringan jalan raya dan jambatan pastinya memudahkan anda untuk mencari kawasan Perpustakaan Desa Kampung Bahagia Jiboi. Perpustakaan ini berada berdekatan dengan dewan orang ramai dan tadika KEMAS.

Kampung yang berkeluasan kira-kira 10 hektar ini sungguh tenang dan mendamaikan. Suasana kampung yang redup di sini membuatkan anda terasa ingin tinggal lebih lama.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK