Usahawan Wanita dalam Perusahaan Dingin Beku
| |
 |
| |
| Rosmala Ghazali bersama produk Samirah Frozen Food |
|
alah satu perusahaan yang berjaya di Kampung Bahagia Jiboi ialah Samirah Frozen Food. Perusahaan ini merupakan perniagaan sejuk beku yang giat diusahakan sejak empat tahun lalu. Pemiliknya, Rosmala Ghazali mendapat idea untuk mengkomersialkan produk makanan sejuk beku setelah membantu ibunya berniaga kuih sebelum ini. Berkat kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, kini beliau boleh tersenyum lega melihat produknya mendapat permintaan yang tinggi di Negeri Sembilan, Lembah Klang, Selangor dan Johor Baru. Di antara produk istimewa yang dijual adalah kuih koci, chara berlauk, lepat pisang, karipap pusing dan ketuk ubi. Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk memasak kuih-kuih ini kerana produk sejuk beku ini sememangnya mudah dan halal.
Bantuan daripada Jabatan Pertanian dalam bentuk mesin mixer dan steamer sebanyak RM18,000 juga membantu melicinkan perusahaan beliau. Selain itu, beliau juga turut mendapat bantuan dan bimbingan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dalam pembungkusan produk makanan. Beliau berharap dengan adanya bantuan tersebut, beliau akan dapat meningkatkan lagi empayar perniagaan dan mempromosikan produknya dengan lebih meluas di dalam dan luar negara.
 |
|
|
|
Terdapat juga perusahaan membuat bahulu di kampung ini sejak 19 tahun yang lalu. Perusahaan secara kecil-kecilan ini diusahakan oleh Hajah Kamaliah Daud menggunakan modal sendiri. Kini, beliau telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Resipi yang diwarisi sejak turun temurun sememangnya masih mengekalkan keenakan dan kelembutan rasa bahulu yang asli. Dijual pada harga RM4 sepeket, anda pasti akan mengimpikan perasa bahulu coklat urai, coffee oil, baulu gulung dan baulu tiram.
Pasar Tani Ampangan sememangnya popular di kalangan penduduk tempatan dan sekitar Kuala Pilah dan Seremban. Pasar ini beroperasi setiap Selasa dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasar tani ini seperti ayam, ikan dan daging segar, sayur-sayuran, buah-buahan, dan itik salai. Terdapat juga gerai yang menjual madu lebah, ubat tradisional, makanan dan kuih muih. Pengunjung akan rambang mata melihat lebih daripada 30 buah gerai di Pasar Tani Ampangan ini. Terdapat segelintir anak tempatan yang memilih untuk berniaga di pasar tani ini demi menambah pendapatan keluarga dan menampung keperluan anak-anak.
|