Bersama-sama Menangani Keselamatan Penduduk

P
 
 
Balai Polis Paroi

olis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan penduduk berada dalam keadaan yang baik. Terdapat sebuah balai polis berdekatan bagi memudahkan penduduk membuat laporan jika terdapat sebarang masalah atau kes jenayah. Balai Polis Paroi hanya terletak kira-kira satu kilometer daripada kawasan kampung. Selain itu, penduduk juga boleh mengadu kes kecemasan di Balai Polis Rahang dan Balai Bomba Rahang yang terletak di bandar Seremban.

 
Balai Polis Rahang
 

Pengerusi Biro Keselamatan Kampung juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan keselamatan kampung berada dalam keadaan terkawal. Rondaan akan dibuat jika terdapat sebarang kegiatan yang mencurigakan di dalam kampung. Walau bagaimanapun setiap penduduk juga sentiasa berjaga-jaga dalam mengurangkan kadar jenayah di kawasan kampung. Kerjasama yang erat bersama pihak polis dalam membantu memberikan maklumat juga sedikit sebanyak mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK