Prasarana Stadium Untuk Semua
| |
 |
| |
| Hello. Kemudahan komunikasi disediakan |
|
emudahan asas seperti air bersih, tenaga elektrik, komunikasi dan perhubungan yang lengkap dapat dinikmati oleh penduduk kampung. Selain itu, terdapat juga kemudahan balai raya, perpustakaan, masjid,surau, tadika, bilik jahitan, taman permainan, padang bola, gelanggang sepak takraw, pondok menunggu bas dan telefon awam. Di sekitar kampung, terdapat juga kemudahan seperti Stadium Tunku Abdul Rahman, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, klinik kesihatan dan balai polis untuk kegunaan orang ramai.
Pasar Awam Ampangan yang terletak berhampiran menjadi pilihan penduduk untuk mendapat bekalan barangan runcit, ikan dan ayam segar serta sayur-sayuran seperti kailan, kangkung dan sawi. Selain itu, terdapat juga kedai runcit untuk barangan keperluan harian seperti tepung, beras dan minyak masak yang dijual dengan harga berpatutan. Pasar yang terletak di kawasan Pekan Ampangan membolehkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan rumah.
 |
|
| Stadium Tunku Abdul Rahman |
|
|
|