Pekan Ampangan Markas Aktiviti Urus Niaga

K

ampung Bahagia Jiboi terletak berjiran dengan Kampung Syahbandar, Kampung Ismail dan Kampung Gedung Lalang 50. Kesemua kampung ini juga berada berdekatan dengan Pekan Ampangan yang merupakan pusat perkumpulan masyarakat untuk berurus niaga.

Selain itu, perpustakaan desa yang terletak di Kampung Jiboi juga turut menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya. Perpustakaan ini sering menjadi tumpuan anak-anak muda kampung sekitar ketika waktu lapang. Kedudukannya yang strategik di kawasan sekitar menjadikan perpustakaan ini kerap dikunjungi.

Terdapat juga aktiviti sukan tahunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa kampung untuk mengeratkan perhubungan di antara masyarakat kampung dengan masyarakat sekeliling. Sukan popular di sini adalah bola sepak, futsal dan sepak takraw. Hampir setiap petang anak-anak muda ini akan memenuhi kawasan gelanggang takraw dan juga padang bola sepak untuk berlatih. Kegiatan aktif ini pastinya menjadi tunggak perpaduan dalam masyarakat di kawasan Ampangan ini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK