JKKK Basmi Kemiskinan Penduduk
| |
 |
| |
| Haji Bujang Bin Bulat (Ketua Kampung) |
|
awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang wujud di kampung ini bertujuan untuk memastikan kestabilan penduduk dan kemajuan kampung berada dalam keadaan yang baik. Jawatankuasa yang telah wujud sejak sekian lama ini juga diterajui oleh biro-biro yang dilantik bagi merencana dan mencapai objektif pembangunan dan kesejahteraan kampung.
Jawatan Pengerusi JKKK ditugaskan kepada Haji Bujang Bulat manakala setiausahanya disandang oleh Shahrul Zaman Jaafar. Di antara biro-biro yang menjadi tulang belakang JKKK adalah Biro Ekonomi, Biro Wanita, Biro Kebajikan, Biro Sukan dan Biro Keagamaan. Kesemua biro yang telah dilantik akan sentiasa berbincang dan bermuafakat untuk memajukan kampung tercinta. Aktiviti wajib yang dilakukan hampir setiap tahun adalah gotong-royong membersihkan kampung dan jamuan sempena sambutan raya.
 |
|
| Shahrul Zaman Bin Jaafar (Setiausaha) |
|
|
Terbaru, JKKK telah menganjurkan Sukan Komuniti Zon Ampangan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Kerjasama yang diperoleh oleh semua penduduk amat memberangsangkan di mana aktiviti sukan selama dua hari tersebut berjalan dengan lancar. Dalam program ini, penduduk mencuba nasib dengan menyertai beberapa aktiviti sukan seperti tarik tali, futsal, bola jaring dan macam-macam lagi. Sememangnya penganjuran aktiviti sebegini dapat merapatkan jurang perhubungan di kalangan penduduk dan pihak JKKK sentiasa memandang ke hadapan untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti yang berfaedah bagi kepentingan bersama.
|