Perniagaan Kecil-kecilan Sumber Pendapatan Sampingan
ebanyakan penduduk di sini bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, swasta dan juga perniagaan runcit untuk menampung kehidupan harian. Oleh kerana kedudukan kampung ini berdekatan dengan bandar Seremban, dari itu, terdapat ramai penduduk memilih untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta yang ditawarkan di situ.
Bagi mendapatkan sumber pendapatan sampingan, kaum wanita berniaga kuih muih di gerai-gerai sekitar kampung. Antara jenis juadah yang dijual seperti nasi lemak, karipap, cucur pisang, keropok lekor dan sebagainya. Bagi pekerja-pekerja yang telah pencen, mereka memilih untuk melibatkan diri dalam berniaga runcit secara kecil-kecilan. Kedai-kedai runcit ini memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan cepat dan mudah tanpa perlu ke bandar.
Selain itu, terdapat juga beberapa perusahaan kecil yang diusahakan oleh kaum wanita di sini. Perusahaan yang sedang berkembang ini adalah perusahaan bahulu dan juga perusahaan sejuk beku. Kedua-dua perusahaan ini sememangnya dikenali di kalangan penduduk setempat dan juga masyarakat luar. Beberapa bantuan daripada wakil rakyat, Jabatan Pertanian dan koperasi diberikan kepada pengusaha-pengusaha kecil ini sebagai pembakar semangat untuk mereka terus mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.
|