Menyedut udara segar di kawasan hutan lipur begitu menyenangkan. Apatah lagi apabila mendengar bunyi-bunyian unggas hutan yang sedang menjalani rutin harian. Hati ini diulit perasaan nyaman dan damai. Menangkap panorama sungai yang mengalir tenang serta pembentukan batu-batan yang menjadi landskap di sepanjang sungai begitu mengasyikkan mata yang memandang. Perkhidmatan chalet dan tapak perkhemahan memberikan keselesaan kepada pengunjung ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi yang merupakan sebahagian Banjaran Titiwangsa. Hutan rekreasi ini amat bersesuaian bagi mereka yang ingin menikmati khazanah alam tersimpan seribu satu rahsia flora dan fauna.


Sejarah Keusahawanan

Menurut sumber anak tempatan, kisah nama Kampung Jiboi bermula daripada seorang pembantu pejabat yang bekerja dengan orang Inggeris ketika itu. Disebabkan kerajinan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh pekerja itu semasa bekerja, majikannya sering memujinya dengan ungkapan “Good Boy” dan ungkapan tersebut telah diulang berkali-kali sehinggalah tercetusnya nama Jiboi sebagai nama penempatan di kampung ini.

Salah satu perusahaan yang berjaya di Kampung Bahagia Jiboi ialah Samirah Frozen Food. Perusahaan ini merupakan perniagaan sejuk beku yang giat diusahakan sejak empat tahun lalu. Pemiliknya, Rosmala Ghazali mendapat idea untuk mengkomersialkan produk makanan sejuk beku setelah membantu ibunya yang berniaga kuih sebelum ini.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK